HEADLINES

Amelia Henderson berjaya tangguh permohonan maaf, ganti rugi RM200,000

Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon wanita itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pelakon Amelia Henderson untuk menangguhkan permohonan maafnya kepada penerbit filem dan drama A. Aida kerana melanggar kontrak penggambaran sebuah drama, tahun lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan berkata mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia, 28, atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A. Aida menerusi syarikatnya A. Aida Production Sdn Bhd susulan rayuan kes itu.

“Mahkamah membenarkan permohonan penggantungan perintah yang menghendaki permohonan maaf secara terbuka dan yang menghendaki penghapusan video daripada akaun Instagram defendan pertama (Amelia),” kata hakim itu ketika menyampaikan keputusan secara dalam talian hari ini.

Berhubung perintah pembayaran ganti rugi, Zulqarnain turut membenarkan penangguhan bayaran melebihi RM200,000 itu.

Bagaimanapun, hakim itu berkata mahkamah memerintahkan agar wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.

Pada 7 April lepas, Zulqarnain memerintahkan pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A. Aida menerusi syarikatnya kerana didapati melanggar kontrak penggambaran drama berjudul `Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Hakim itu turut membenarkan permohonan A. Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagramnya @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April lalu.

Pada 18 April lepas, Amelia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan rayuan itu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 24 Oktober ini.

Pada prosiding hari ini, syarikat produksi itu diwakili peguam Ashmadi Othman manakala Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur.

Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama berkenaan apabila pelakon wanita itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama tersebut walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Prasarana cyberattack: hackers release 300GB of private files online after countdown ends

RansomHub published documents after public transportation company missed one-week deadline to pay unknown ransom amount

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related