HEADLINES

Safee Sali sokong Baddrol, ‘saya doakan YB berjaya, laksana tanggungjawab sebaiknya’

Menurut Safee, tidak salah andai bekas pemain bola sepak mahu terjun ke bidang apa sekalipun asalkan dapat melaksanakan peranan

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menyokong keputusan rakan seperjuangannya, Baddrol Bakhtiar yang menceburkan diri dalam pentas politik selepas bersara daripada arena bola sepak negara.

Menurutnya, tidak salah untuk bekas atlet berubah haluan ke bidang politik, asalkan mampu melakukannya dengan sebaik mungkin.

“Bagi saya apa jua bidang yang dipilih kena lakukan dengan betul. Niat kena betul, apa tujuan mereka ceburi politik.

“Saya mendoakan ‘YB’ Baddrol berjaya selepas ini dan sentiasa menjalankan tanggungjawab serta melaksanakan manifesto seperti apa yang dijanjikan.

“Jika dia berjaya, ia sekali gus akan menaikkan lagi martabat seorang pemain bola sepak profesional. Maksudnya dia mampu lakukan dengan lebih jauh. Saya harap perkara (pencapaian) ini benar-benar terjadi,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-25 Radio Era.

Pada 27 Julai lalu, Baddrol yang juga bekas Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sabah FC diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Kedah.

Ditanya adakah dia juga bersedia untuk mengikut jejak langkah Baddrol untuk terjun ke dunia politik, Safee memaklumkan bahawa dia tidak berminat.

“Saya tidak mahu melibatkan diri dalam mana-mana parti politik kerana saya adalah seorang ahli sukan. Saya memilih semua rakyat Malaysia, bukan mengikut mana-mana parti,” ujarnya.

Mengulas mengenai tawaran sebagai penyampai radio diterimanya sehari selepas mengumumkan bersara daripada arena bola sepak, anak kelahiran Selangor itu mengakui terkejut, namun berbesar hati menyahut cabaran berkenaan.

“Saya agak terkejut bila ditawarkan menjadi penyampai radio. Dunia ini sangat berlainan dengan saya. Saya tidak pernah merancang untuk menjadi penyampai radio.

“Saya ambil masa agak lama juga sebelum saya setuju untuk menerima tawaran ini,” kongsinya yang akan mengendalikan segmen Super Safee Era.

Ikon bola sepak negara itu berkata, biarpun tugas baharu terbabit sama sekali berlainan dengan profesion terdahulu, beliau akan memanfaatkan pengalaman muncul di program televisyen dan radio.

“Apa yang paling merisaukan saya adalah penerimaan peminat sukan untuk mendengar radio. Macam mana nak tarik minat mereka untuk mendengar radio adalah cabaran untuk saya,” jelasnya.

Suara Safee bakal berkumandang di corong radio Era setiap Sabtu pada jam 10 pagi bermula 12 Ogos ini. – 7 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Human Rights Day: beyond the rulebook – Sarina Sundara Rajah

Former Commonwealth champion Sarina Sundara Rajah writes that safeguarding in sport is not defined by policies alone, but by whether adults choose to speak up when a child is left alone, rushed, or exposed in ways that compromise their rights

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Related