HEADLINES

Inspektor Sheila akan kemuka bantahan terhadap tiga tuduhan

Peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila akan memfailkan bantahan awal itu, kerana ia melibatkan isu berkaitan Perlembagaan selain mendakwa pertuduhan dihadapi anak guamnya tidak berasas dan remeh

3:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Seorang inspektor wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’, akan mengemukakan bantahan awal terhadap tiga pertuduhan dihadapinya, termasuk mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila Sharon Steven Kumar, 35, memaklumkan demikian semasa sebutan kes itu di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Beliau berkata pihaknya akan memfailkan bantahan awal itu, kerana ia melibatkan isu berkaitan Perlembagaan selain mendakwa pertuduhan dihadapi anak guamnya tidak berasas dan remeh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan kecuali rakaman video.

Sheila didakwa mengugut M. Silverkoomarie, 69, dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada wanita warga emas di No 8, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini, pada 12 tengah hari, 15 Jun lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai polis wanita itu juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki P. Taneswaran, 31, dengan berkata “you tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu”, di lokasi dan tarikh sama pada 1 tengah hari, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Beghwant Singh turut memaklumkan, pihak pendakwaan telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan.

Di mahkamah itu, Sheila berdepan pertuduhan menyebut berkenaan pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak, dengan maksud untuk mengaibkan kehormatannya di lokasi dan tarikh sama pada 1.25 tengah hari, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui pemberita, Sheila berkata beliau mahu berkhidmat untuk masyarakat dan ingin kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman, bagi membanteras kejahatan dan kes jenayah. – 7 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related