HEADLINES

Penduduk dua DUN berbelah bahagi, ada yang mahu parti sama kekal, ada yang mahu perubahan

Menurut para peniaga yang ditemui, walaupun perang poster kelihatan setanding namun tidak mustahil keputusan PRN kali ini bertukar tangan

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengundi-pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Lembah Jaya kini berbelah bahagi dalam memilih calon yang akan mereka undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Ada yang mahu parti sama memerintah dan ada pula yang mahu memilih parti lain dengan alasan mahukan perubahan.

Di DUN Lembah Jaya, biarpun kawasan berkenaan kelihatan selesa di tangan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, namun ada ura-ura mengatakan bahawa PH bakal mengalami persaingan hebat untuk PRN kali ini.

Menurut seorang peniaga rojak di pasar malam Lembah Jaya Selatan, Zaleha Ahmad, 38, dia dapat merasakan ada angin perubahan yang sedang berlaku di kawasan ini.

Peniaga rojak, Zaleha Ahmad mengakui cukup terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. – Gambar Scoop, 8 Ogos, 2023

“Dari segi pemandangan perang poster di sini, mungkin kelihatan sama hebat dan seiring. Tetapi rasanya keputusan PRN pada kali ini akan bertukar tangan. Saya mungkin tidak akan pilih parti yang sama lagi seperti sebelum ini. Saya tidak nampak kemajuan yang berlaku, makin sengsara ada la. 

“Sebagai seorang peniaga yang mengharapkan rezeki daripada hasil jualan, saya sangat-sangat terkesan dengan ekonomi semasa. Harga buah dan kacang dah naik. Dalam masa dua bulan naik mendadak,” katanya.

Berbeza dengan Hazani Omar, 49, dia menjangkakan PH akan menguasai PRN kali ini.

Hazani Omar pula berpandangan, PH akan terus menguasai PRN kali ini berdasarkan kemeriahan poster dan bendera parti itu. – Gambar Scoop, 8 Ogos, 2023

“Saya rasa PH mampu bertahan di sini. Berdasarkan pemerhatian saya, kelihatan begitu banyak bendera dan poster PH yang terdapat di seluruh kawasan Lembah Jaya ini berbanding lawan. Ini merupakan salah satu petanda bahawa parti itu masih lagi menguasai kawasan ini,’’ katanya.

DUN Lembah Jaya menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH iaitu artis rapper terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet dengan Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, di DUN Kota Damansara pula, pengundi masih yakin kepada PH untuk terus mengekalkan tampuk kepimpinan dan berkhidmat kepada masyarakat.

Penjual air kelapa, Muhammad Aidey Abdullah. – Gambar Scoop, 8 Ogos, 2023

Menurut seorang penjual air kelapa, Muhammad Aidey Abdullah, 42, dia berharap PH dapat meneruskan usaha untuk merubah keadaan di Kota Damansara dengan memberikan fokus bantuan kepada golongan B40.

“Dalam berapa bulan ini saya nampak kebaikan yang dibawa oleh PH. Jadi saya berharap ada perubahan yang dibawa PH lagi selepas ini,” katanya.

Senada dengan Aidey ialah Ida Ezaina, 44, yang menyatakan sokongan kepada PH dan parti komponennya Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus memerintah Selangor.

Ida Ezaina kekal setia bersama PH dan parti komponennya, PKR. – Gambar Scoop, 8 Ogos, 2023

“Saya dah beberapa kali mengundi, memang sokong Keadilan. Kita di Selangor banyak dapat bantuan daripada kerajaan negeri terutama peniaga, jadi saya rasa banyak yang dia bantu kita. 

“Saya pernah dapat beberapa bantuan daripada kerajaan negeri. Tapi mereka (kerajaan negeri) tidak menyuruh kita mengundi mereka pun, tapi kita tahu saluran itu dapat dari mana, jadi untuk Selangor saya lebih suka Keadilan,” katanya.

Penyandang kerusi Kota Damansara adalah Shatiri Mansor daripada PKR. Namun beliau tidak mempertahankan kerusinya selepas PH membuat keputusan untuk mencalonkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

Muhammad Izuan akan berdepan calon PN, Mohd Radzlan Jalaludin dan S Arumugam dari Parti Sosialis Malaysia. – 8 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

Related