HEADLINES

Janji PAS untuk naik taraf LTSIP tidak berpijak di bumi nyata: Rafizi

Kita kena faham soal nak membuka (lapangan terbang), nak bagi hak pendaratan, nak naik taraf jadi lapangan antarabangsa atau serantau, itu semua di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

8:03 AM MYT

 

KLANG — Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata tawaran PAS Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa jika Perikatan Nasional kekal mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata urusan menaik taraf sesebuah lapangan terbang adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan sesuatu yang boleh dijanjikan begitu sahaja oleh sesebuah parti atau kerajaan negeri.

“Kita kena faham soal nak membuka (lapangan terbang), nak bagi hak pendaratan, nak naik taraf jadi lapangan antarabangsa atau serantau, itu semua di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya semasa ceramah Jelajah MADANI kawasan Dewan Undangan Negeri Sementa dekat sini malam ini.

Rafizi merujuk kenyataan seorang exco Kelantan baru-baru ini yang dilaporkan berkata langkah menaik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa akan memudahkan rakyat negeri itu untuk menggunakan penerbangan terus ke destinasi yang ingin dituju tanpa perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Katanya janji itu ditabur bagi menarik sokongan sempena PRN dan akhirnya akan dijadikan alasan untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan jika ia tidak boleh dilaksanakan PAS sekiranya mereka terus mentadbir Kelantan kelak.

Timbalan Presiden PKR itu juga berkata angka dan dapatan terbaharu yang diperoleh pihaknya menunjukkan pola peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional semakin meningkat berbanding pada awal kempen PRN.

Hari pengundian bagi PRN Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung serentak Sabtu ini. – 9 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related