HEADLINES

Penjawat awam diingatkan bersifat berkecuali laksana tugas sempena PRN, PRK

Laksanakan tugas atas tanggungjawab sebagai penjawat awam secara neutral dan bersifat berkecuali

1:26 PM MYT

 

CYBERJAYA – Penjawat awam yang bertugas di pusat pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu esok diingatkan agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan dedikasi tanpa terlibat secara langsung dalam urusan menyokong mana-mana pihak.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata beliau sentiasa menekankan penjawat awam adalah non-partisan iaitu tidak terlibat secara langsung dalam urusan menyokong mana-mana pihak.

“Laksanakan tugas atas tanggungjawab sebagai penjawat awam secara neutral dan bersifat berkecuali. Insya-Allah penjawat awam yang terlibat dalam urusan PRN ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan menghadiri taklimat persediaan akhir Pusat Semakan Peti Undi di Semarak Hall Cyberjaya yang juga akan menjadi pusat penjumlahan rasmi undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak.

Dr Zulkapli berkata komitmen yang diberikan SPR dan penjawat awam akan memastikan PRN dan PRK Parlimen Kuala Terengganu dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Terdapat tiga DUN di Parlimen Sepang iaitu Tanjung Sepang yang mempunyai 32,312 pengundi, Dengkil sebanyak 93,931 pengundi dan Sungai Pelek sebanyak 47,335 pengundi.

Esok, 12 Ogos adalah hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Turut diadakan serentak adalah PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related