◉ HEADLINES

Isu lantik MB, timbalan baharu: Amar enggan ulas minta rujuk Takiyuddin

Semalam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Kelantan dijangka mempunyai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar baharu

8:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan mengulas tawaran PAS untuk melantik Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Baharu jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Malah, kata beliau, tawaran berkenaan seharusnya dirujuk kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang telah mengumumkan perkara tersebut.

“Saya tiada komen, kena rujuk perkara tersebut dengan Takiyuddin.

“Keutamaan saya ketika ini adalah untuk saya menang dan mahu pastikan Kelantan masih kekal ditadbir oleh Kerajaan PAS,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Semalam, Takiyuddin mengumumkan Kelantan dijangka mempunyai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar baharu berikutan keputusan PAS mencadangkan gabungan agamawan dan teknokrat untuk dua jawatan itu jika menang PRN esok.

Ditanya sama ada tawaran itu menunjukkan bahawa beliau akan dilantik ke jawatan Menteri Besar Kelantan, Amar yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan ia akan diumumkan partinya, jika berjaya mengekalkan kemenangan di negeri tersebut.

“Itu akan diberitahu selepas PRN nanti,” katanya ringkas.

Menteri Besar Kelantan ialah Datuk Ahmad Yakob yang memegang jawatan itu sejak 2013, manakala Timbalan Menteri Besar ialah Amar.

Pada PRN ini, Ahmad akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan buat kali kelima manakala Amar mempertahankan DUN Panchor yang diwakilinya sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Ahmad sebelum ini memaklumkan bahawa pencalonannya adalah yang terakhir dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain lebih muda selepas ini. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related