HEADLINES

Nama 3 calon MB Kelantan dipersembah kepada Sultan hari ini

Senarai itu sudah dipersetujui Presiden PAS

8:00 AM MYT

 

KOTA BHARU – Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar negeri berkenaan akan dipersembahkan kepada Sultan Muhammad V, hari ini.

Katanya, senarai nama itu juga mendapat persetujuan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Nama sudah mendapat persetujuan Presiden PAS kerana watikah beliau akan diangkat kepada Sultan Kelantan

“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada 3 petang, 15 Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat dan
Kelantan di sini, malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Abdul Hadi itu, turut dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. – Bernama, 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related