HEADLINES

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat dekat Bandar Elmina

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan itu

7:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada 2.40 petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan itu. 

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi. Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan semua ahli keluarga tabah dengan ujian itu. 

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah buat semua keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina petang tadi. Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut termasuk seorang kenamaan dalam nahas pesawat itu.

Menurut Hussein, lapan daripada mereka ialah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Related