◉ HEADLINES

PAS-Amanah bakal ‘bertemu’ sama ada di Pulai atau Simpang Jeram

PAS akan bertanding di salah satu kerusi, nama calon telah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — PAS akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor.

Tanpa mendedahkan maklumat lanjut, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata selain itu, nama calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“PAS, Bersatu dan Gerakan masing-masing kemukakan calon dan kita (Perikatan Nasional (PN)) telah pun membuat keputusan parti mana yang akan meletakkan calon di Pulai dan Simpang Jeram. PAS akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada PRK ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran logo sambutan Hari Kebangsaan PN di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan berkenaan calon mewakili PN bagi kedua-dua PRK diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu.

“Ya sudah ada (calon) … kita akan umumkan bila tiba masanya nanti,” katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan logo itu.

Sebelum itu, Abdul Hadi mempengerusikan mesyuarat PAS yang antara lain membincangkan persiapan parti bagi menghadapi PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Berkenaan logo itu, Ahmad Fadhli berkata Pemuda PN akan mencadangkan logo Hari Kebangsaan PN digunakan oleh kerajaan negeri yang ditadbir gabungan itu bagi sambutan di peringkat negeri. – 19 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

Maxim Malaysia secures full Apad licence, elevates safety and inclusivity in e‑hailing

Apad approval means verified drivers, stronger safety tools, and more freedom for gig partners

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

◉ Related