HEADLINES

Indonesia jiran penting Malaysia, perlu saling melengkapi antara satu sama lain: PM Anwar

Kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dan bekerjasama dengan baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Indonesia adalah jiran penting kepada Malaysia, justeru kedua-dua negara sepatutnya boleh saling melengkapi antara satu sama lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dan bekerjasama dengan baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta.

“Saya fikir daripada bersaing dengan sengit, kita sepatutnya boleh saling melengkapi, dan itu menjadi ‘semangat’ perbualan saya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan diikuti oleh industri,” katanya semasa temu bual eksklusif bersama program ‘The CNBC Conversation’ yang disiarkan hari ini.

Martin Soong, hos program temu bual itu bertanyakan kepada Anwar sama ada Malaysia akan bersaing dengan Indonesia untuk membina rantaian bekalan baterinya, daripada perlombongan hingga kepada pemasangan, susulan minat pelaburan oleh Tesla.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah mengeluarkan baterinya sendiri dan mampu menawarkan kelebihan kepada pembuat kenderaan elektrik (EV) itu.

“Pemahamannya, sudah tentu, untuk membeli bateri kami. Ia lebih murah dan dihasilkan di sini dan (ia memberi kelebihan), itulah yang mereka katakan, mengapa mereka perlu membawa bateri dari seluruh dunia?

“Apa yang penting adalah kami mempunyai kapasiti untuk menghasilkan bahagian atau bateri yang diperlukan kereta,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, bukan sesuatu yang baharu bagi pelabur asing untuk memegang 100 peratus pemegangan saham ekuiti di Malaysia.

“Terdapat pengecualian yang diberikan bagi aktiviti atau pelaburan berkaitan transformasi digital atau teknologi maklumat (IT)… kami telah melakukannya pada masa lalu, (tetapi) sangat selektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Tesla akan menjual kenderaan elektriknya di negara ini tanpa permit diluluskan (AP) adalah langkah ‘sekatan tanpa lesen’ sekali sahaja atau petanda yang menunjukkan pihak lain turut boleh berbuat demikian.

“Jadi isunya bukan hanya Elon Musk. Saya rasa amat diperlukan di negara ini untuk memberi keyakinan dan penyertaan pemain kami yang berminat dengan SpaceX, yang mana tiga syarikat Malaysia (yang) terlibat,” katanya, tanpa mengulas lanjut. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related