HEADLINES

Kibar jalur gemilang pamer kesetiaan, cinta pada negara: Anwar

Perdana Menteri turut mengajak rakyat meraikan bulan berkenaan selain menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami perjuangan generasi terdahulu

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan bagi mempamerkan kesetiaan dan kecintaan pada negara selain menghayati semangat kemerdekaan.

Perdana Menteri turut mengajak rakyat meraikan bulan berkenaan selain menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami perjuangan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan untuk negara.

“Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan negara dan seterusnya Hari Malaysia 16 Sept, kita kibar Jalur Gemilang dengan megah.

“Di setiap kenderaan, di setiap jabatan, di rumah, di mana sahaja untuk menunjukkan bahawa Malaysia sekarang bangkit sebagai negara yang bersatu padu, punyai cita-cita, punyai idealisme untuk menghayati semangat kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video Ucapan Khas Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2023 diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related