◉ HEADLINES

Replika cek tertera logo parti: Rakyat mahukan penjelasan Menteri, ia dana kerajaan atau DAP?

Sumbangan kerajaan dan parti patut diasingkan kerana jika digabung, ia adalah kesalahan kerana terdapat agenda politik

6:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS dan Gerakan mempersoalkan kewajaran DAP menggunakan logo parti itu sendiri pada replika cek sumbangan kerajaan yang diberikan kepada sekolah di Perak.

Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, logo mana-mana parti tidak sepatutnya digunakan atau diletakkan pada grafik, sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya ia membabitkan program kerajaan.

Justeru, beliau menggesa Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjelaskan perkara berkenaan.

“Rakyat Malaysia mahukan penjelasan daripada Nga (Kor Ming). Adakah itu dana daripada kerajaan atau DAP sendiri adalah perbuatan tidak bermoral mempolitikkan sumbangan dana daripada kerajaan demi ‘milage’ (kepentingan) parti sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baljit berkata, sumbangan kerajaan dan parti patut diasingkan kerana jika digabung, ia adalah kesalahan kerana terdapat agenda politik

Manakala, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya tidak kisah parti itu ingin memberi sumbangan kepada 17 sekolah berkenaan kerana ia mempunyai peruntukan.

“Peruntukan (sumbangan diberi) itu (wang) daripada pembayar cukai. Kenapa diletakkan logo parti (DAP) di replika cek yang ditayangkan di khalayak. Ia seolah-olah menggambarkan duit (sumbangan) daripada parti berkenaan.

“Apa cerita pula ni? Heboh pula sumbangan yang disampaikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kepada 17 sekolah persendirian,” katanya menerusi TikTok.

Media sebelum ini melaporkan, Pemuda UMNO menegur rakan sekutunya DAP kerana menggunakan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan yang diberikan kepada sekolah di Perak.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta penjelasan daripada Kor Ming berhubung majlis sumbangan berkenaan.

“Adakah sumbangan ini daripada pihak kerajaan? Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di replika cek sumbangan terbabit?” katanya menerusi Facebooknya. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related