HEADLINES

Umno tunggu laporan sebelum ambil tindakan terhadap Adun Rembia: Zahid

Presiden Umno sudah dimaklumkan mengenai tindakan Muhammad Jailani yang menghadiri program PN di Johor, kelmarin

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang didakwa menghadiri pengumuman calon Perikatan Nasional di Bakri, Johor baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai penyertaan Muhammad Jailani dalam program tersebut.

Malah katanya, pihaknya sedang menunggu laporan berkaitan perkara itu sebelum tindakan sewajarnya diambil.

“Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Solidariti Wanita Bersama Presiden – Mempertahankan Institusi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), semalam.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Jailani hadir pada sebuah majlis PN di Johor, kelmarin.

Program berkenaan difahamkan bagi menandakan permulaan kepada kempen PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai yang bakal berlangsung pada 9 September ini.

Dalam pada itu, Muhammad Jailani ketika mengulas isu berkenaan, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan kehadiran beliau di majlis terbabit bukan atas kapasiti sebagai Adun Umno.

Sebaliknya, Muhammad Jailani berkata, beliau hadir mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional (MN) yang diterajui bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Difahamkan, kemunculan bersama PN kelmarin bukan yang pertama kerana beliau sebelum ini turut dilihat menyertai penyokong PAS diketuai Annuar ketika proses penamaan calon di Ketereh, Kelantan pada 28 Julai lalu. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related