◉ HEADLINES

Pilihan raya lebih rumit, Kerajaan Perpaduan bertarung dengan fitnah, prasangka: Anwar

'Pertarungan ini lebih rumit kerana ada hasutan serta mencungkil naluri batin dan bukannya berdasarkan pertimbangan rasional': PM

8:47 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan suasana pilihan raya ketika ini lebih rumit berbanding kebiasaan kerana berlakunya perbuatan menyebarkan kebencian dan prasangka yang berterusan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata keadaan tersebut menyebabkan Kerajaan Perpaduan terpaksa bertarung dengan ancaman fitnah dan asakan polemik yang boleh mengganggu-gugat hak serta keselamatan orang Melayu.

“Kita kini bertarung dengan fitnah. Pertarungan ini lebih rumit kerana ada hasutan serta mencungkil naluri batin dan bukannya berdasarkan pertimbangan rasional,” katanya semasa berucap pada sesi perjumpaan bersama jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pemimpin tertinggi PH-BN Johor serta jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata dalam tempoh lapan bulan mentadbir negara, Kerajaan Perpaduan berjaya mengangkat martabat Malaysia dan menangani pelbagai isu termasuk kemiskinan, tatakelola serta memulihkan kembali ekonomi negara.

Beliau juga berkata gandingan PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan menjadi satu-satunya gabungan yang mampu menyelamatkan Malaysia.

Anwar berkata aspek progresif yang didukung PH digabungkan dengan pengalaman BN dalam mentadbir negara adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tempoh pemerintahan Perikatan Nasional sebelum ini.

“Dengan pengalaman rakan-rakan BN dan aspek progresif PH, bagi saya gabungan ini adalah satu-satunya wadah dan wahana untuk selamatkan Malaysia ketika ini,” katanya pada majlis yang dihadiri lebih 500 jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 9 September depan sebagai pengundian bagi kedua-dua kerusi itu. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

World’s Best Cities 2026 Report: Kuala Lumpur ranks 50th

The capital city shines for, among others, labour force participation, emergence of landmarks, and expansion of business hubs

◉ Related