HEADLINES

Jangan abai saman ekor, ikut had laju kalau tidak mahu kena: Pakar undang-undang

'Ikutlah had laju kenderaan yang ditetapkan. Undang-undang dicipta untuk kita ikut, kalau dilanggar perlu dihukum': pakar undang-undang

11:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Operasi saman tembak laju atau saman ekor di seluruh negara yang akan bermula pada Isnin ini adalah sah di sisi undang-undang, walaupun tanpa tandatangan daripada pemandu.

Ia berfungsi seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan saman ekor setakat ini tidak pernah dipertikaikan di mahkamah, kata pakar undang-undang, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Menurutnya, pemilik kenderaan akan menerima saman ekor menerusi pos dan perlu membuat bayaran.

Sekiranya gagal, ujarnya, penerima notis boleh dihadapkan ke mahkamah dan majistret akan mengenakan hukuman denda kepada mereka.

“Saya nasihatkan ikutlah had laju kenderaan yang ditetapkan. Undang-undang dicipta untuk kita ikut, kalau dilanggar perlu dihukum. Bayar saman sekiranya kita didapati melanggar had laju yang telah ditetapkan,” katanya kepada Scoop.

Beliau mengulas langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengumumkan melaksanakan operasi saman tembak laju atau saman ekor di seluruh negara, mulai Isnin.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar dilaporkan berkata pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan di jalan Persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula berkata, penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman tersebut di mahkamah.

Beliau bagaimanapun berharap pihak yang membantah pelaksanaan saman ekor ini tidak menjadikan alasan untuk melakukan perbuatan negatif seperti memecut di jalan raya demi kepentingan peribadi.

“Kalau saman ekor itu salah, mekanismenya tidak betul, ada benda tidak lengkap dari sudut pengiraan untuk dipersoalkan, perkara itu perlu dicabar untuk dibangkitkan di mahkamah.

“Jadi, ia berbalik kepada isu kalau kita betul tidak bersalah, maka ada ruang untuk membawanya ke muka pengadilan,’’ katanya. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

AFC breaks silence as Vietnam, Indonesia cry foul over Malaysia’s ‘heritage’ recruits 

FAM insists it followed FIFA rules in fielding five heritage players, as AFC confirms no official complaints have been lodged over Malaysia’s Asian Cup qualifiers squad 

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related