HEADLINES

KPM sedia bincang kekeliruan isu pelaksanaan Modul Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah

Kekeliruan itu susulan beberapa pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan mengenai perkara berkenaan

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) sedia bertemu dan berbincang dengan mana-mana pihak yang masih keliru dengan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara mulai tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, kekeliruan itu susulan beberapa pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan mengenai perkara berkenaan.

“Saya faham kerisauan mereka namun kami di KPM bersedia untuk bertemu dan berbincang jika mereka mempunyai soalan.

“Hadis ini hanya untuk murid dan guru beragama Islam,’’ katanya pada sidang media di Batu Pahat hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Ia akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah di bawah KPM tahun depan. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related