HEADLINES

DBKL arah tutup, kompaun sebuah premis di Jalan Bukit Bintang susulan tarian separa bogel

Premis terbabit telah dikendalikan oleh empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah, masing-masing dua warganegara Bangladesh dan Iran

6:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan penutupan serta merta dan kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, di sini susulan video tarian separa bogel di hadapan premis itu yang tular di media sosial minggu lepas.

DBKL menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan pada 23 Ogos lepas telah menjalankan satu tindakan khas di premis terbabit dan mendapati ia mempunyai lesen komposit kedai runcit (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

Bagaimanapun, menurut DBKL premis terbabit telah dikendalikan oleh empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah, masing-masing dua warganegara Bangladesh dan Iran.

“Oleh itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.

Premis itu juga diarahkan untuk ditutup serta-merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara,” menurut hantaran itu.

DBKL turut memaklumkan hasil maklumat pekerja premis itu menyatakan kejadian tarian separa bogel itu berlaku pada 5 Julai lepas bersempena dengan sambutan ulang tahun premis tersebut. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Penumpang terjatuh di kawasan landasan Stesen LRT Abdullah Hukum

Pihak operasi terpaksa menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi membolehkan kerja-kerja menyelamat dijalankan

Status Adun tiga bekas wakil rakyat PAS kekal gugur walau kembali menjadi ahli

Pesuruhjaya PAS Perlis berkata walaupun Majlis Syura Ulamak menerima kembali keahlian tiga bekas Adun, kedudukan mereka sebagai wakil rakyat PAS tetap terlucut mengikut peraturan lompat parti

Cubaan guling kerajaan: Wan Saiful dipanggil polis

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa siasatan terhadapnya di bawah Seksyen 124B menimbulkan persoalan besar — adakah kritikan politik dan kempen awam kini boleh dianggap cubaan menjejaskan demokrasi berparlimen

Related