HEADLINES

Jho Low buka akaun syarikat tiga bulan sebelum terima AS$700 juta

Jho Low membuka akaun bank Good Star Ltd pada 11 Jun 2009 dan syarikat itu menerima AS$700 juta pada 30 Sept, 2009

7:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah membuka akaun bank Swiss untuk Good Star Limited (Ltd) tiga bulan sebelum syarikat miliknya itu menerima dana AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low membuka akaun bank Good Star Ltd pada 11 Jun 2009 dan syarikat itu menerima AS$700 juta pada 30 Sept, 2009.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata, menurut rekod perbankan, 1MDB telah mengarahkan Deutsche Malaysia supaya melakukan pemindahan tersebut (AS$700 juta).

Adam Ariff, yang juga penganalisis pasukan petugas khas (1MDB), itu berkata, demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB.

Bagaimanapun, peguam bela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, pasukan pembelaan mengekalkan bantahannya terhadap kebolehterimaan dokumen yang menjadi sandaran pihak pendakwaan untuk membuktikan pembukaan akaun Good Star.

Terdahulu, ketika membaca pernyataan saksi, Adam Ariff memaklumkan bahawa RM2.28 bilion dikreditkan dalam akaun peribadi Najib menerusi 19 transaksi dari 2011 hingga 2014 boleh dijejak daripada dana yang dikumpul dan dimilik 1MDB berdasarkan analisis 343 dokumen dan rekod perbankan.

Membaca laporan yang disediakan pada Julai lalu mengenai jejak aliran wang masuk ke akaun perbadi Najib, Adam Ariff berkata, beliau telah membuat kenyataan dan analisis dalam laporan itu secara jujur, tepat dan boleh dipercayai.

Dalam laporan itu, katanya, beliau tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat sebarang fakta material yang mengelirukan atau telah dirahsiakan daripadanya.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 18 Sept ini. – 30 Ogos, 2023

TAG: mahkamah, Najib, 1MDB, Jho Low, akaun, Good Star

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related