HEADLINES

Peluang PH menang di Simpang Jeram masih 50-50

Keputusan bergantung kepada peratusan keluar mengundi pada 9 September ini

10:21 PM MYT

 

MUAR – Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Ng Yak Howe menegaskan peluang untuk Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masih 50-50.

Menurutnya, tugas mempertahankan kerusi panas berkenaan agak mencabar memandangkan ia bergantung kepada peratusan keluar mengundi pada 9 September ini.

“Masih agak mencabar. Tak nampak lagi kita yang menguasai. Setakat ini kita dapati peluang untuk menang 50-50 sebab bergantung kepada peratusan keluar mengundi, khususnya pengundi Cina.

“Tapi kita nak tengok juga berapa ramai penyokong dan pengundi dari Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan mengundi kita. Walaupun ini hanya Pilihan Raya Kecil (PRK), ia juga penentu kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika ditemui selepas Program Kopitiam Talk di 99 Hawker Center, hari ini.

Bagaimanapun, Yak Howe yakin PH tetap berpeluang mengekalkan kerusi berkenaan berdasarkan sumbangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada masyarakat di Simpang Jeram.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan itu turut menzahirkan kebimbangan mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah kerana ada tidak menyedari mereka layak membuang undi di kerusi tersebut.

“Setakat kita membawa calon, respons diterima sangat positif. Cuma kita risau ramai yang tahu akan diadakan PRK di Simpang Jeram tetapi tidak mengetahui mereka pengundi di kawasan tersebut.

“Jadi, ia satu masalah dan kita cuba membuat kaunter bergerak ke tempat tumpuan orang ramai. Kita mahu bantu untuk memastikan sama ada mereka pengundi di Simpang Jeram. Ini antara masalah kita hadapi sekarang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yak Howe mengakui jentera BN sudah bekerja keras untuk memberi penerangan secara terperinci kepada ahli serta peringkat akar umbi agar memilih calon PH, Nazri Abd Rahman pada PRK DUN Simpang Jeram.

“Pemimpin Umno dilihat mencuba sebaik mungkin untuk meyakinkan penyokong mereka menerima calon kita dan pada masa sama menerangkan kenapa BN bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Setakat ini, pengundi dan penyokong PH terbuka (untuk bersama BN) kerana mereka mengetahui keperluan keadaan yang memerlukan kita bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan Persekutuan,” katanya.

Selain Nazri, PRK DUN Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru menentang Dr Mazri Yahya yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas, S Jegananthan. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related