◉ HEADLINES

Merdekakan rakyat dari fikiran usang – Rafidah Aziz

Kita mesti merdekakan masyarakat daripada tambatan fikiran yang usang, negatif dan tidak membawakan penyatuan dalam pelbagaian

8:25 AM MYT

 

SELAMAT menyambut ulang tahun Merdeka negara kita.

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencerahkan masa hadapan negara kita dengan membanteras gejala-gejala negatif, terutama yang kita lihat dalam arena politik.

Kita perlu bantu kerajaan dalam usaha untuk basmikan korupsi dan salah guna kuasa yang mana semuanya pasti menyelewengkan serta menambah kos, dalam proses pembangunan.

Negara kita juga tidak mampu rakyatnya dipesongkan oleh tafsiran-tafsiran agama yang semata-mata merupakan “peluru-peluru politik” dan itu satu punca pecah belah dalam masyarakat.

Kita mesti merdekakan masyarakat daripada tambatan fikiran yang usang, negatif dan tidak membawakan penyatuan dalam pelbagaian. (Unity in diversity)

Bersama-masalah kita pastikan supaya negara sentiasa ditadbir urus dengan bertanggungjawab, serta berintegriti dan supaya hasil-hasil pembangunan sosio ekonomi negara dapat turun ke akar umbi rakyat Malaysia dan dinikmati oleh semua. – 31 Ogos, 2023

MALAYSIA NEGARA KITA

Negarawan Tan Sri Rafidah Aziz merupakan bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa

Topics

 

◉ Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related