HEADLINES

Ahirine turunkan gambar kontroversi kerana enggan panjangkan isu: Pengurusan

WebTVAsia dalam kenyataannya memberitahu, gambar itu dimuat naik di Instagram Ahirine baru-baru ini, selepas tayangan khas bersama media

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Bagi menghormati pihak tertentu dan tidak mahu isu foto kontroversi membabitkan Ahirine dan Aedy berpanjangan, gambar itu sudah diturunkan”.

Demikian kata Prodigee Asia Talent (WebTVAsia), iaitu pihak pengurusan dinaungi aktres muda, Ahirine Ahiruddin menerusi kenyataan media.

Pihak WebTVAsia membuat kenyataan itu susulan isu gambar kontroversi babak filem Tebus arahan Jason Chong dimuat naik Ahirine melalui akaun Instagramnya, sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati aktor, Aedy Ashraf.

“Gambar itu dimuat naik beberapa hari selepas selesai tayangan khas bersama media, baru-baru ini di Instagram Ahirine berserta poster filem Tebus.

“Sebagai pelakon utama, Ahirine menunjukkan semangat dedikasinya dalam menyediakan bahan promosi, termasuk foto ‘behind the scene’ (di belakang tabir) dan video bagi menghargai karya Tebus.

“Gambar bersama kapsyen ‘A little romance won’t hurt Ana & Johan’ itu adalah antara babak behind the scene watak Ana (lakonan Ahirien) dan Johan (Aedy) selepas melalui banyak halangan dan akhirnya bahagia. Kami percaya produksi Tebus juga gembira kerana dapat banyak feedback (maklum balas) dan respon positif,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, WebTVAsia berkata, Ahirine menunjukkan sikap profesional serta memberikan 100 peratus komitmen untuk mengikut jadual promosi ditetapkan, bagi mengangkat watak Ana di dalam Tebus demi peminat dan penonton.

Terdahulu, Aedy melalui perkongsian di media sosialnya meluahkan rasa bengang dan kecewa apabila gambar itu dimuat naik di platform media sosial tanpa kebenarannya sehingga mencetuskan kontroversi.

Bahkan, Aedy memberitahu, dia tidak pernah bersetuju gambar itu disiarkan untuk mempromosikan filem berkenaan.

Susulan daripada itu, Ahirine dilihat memadam gambar terbabit.

Kontroversi tercetus apabila segelintir netizen beranggapan aksi mereka dalam gambar tersebut agak keterlaluan, malah mempersoalkan tindakan sedemikian sedangkan Aedy diketahui sedang menjalin cinta dengan aktres, Amelia Handerson.- 2 September, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related