◉ HEADLINES

‘Saya tidak mahu jadi PM jika prinsip Perlembagaan Persekutuan dipertikai’: Anwar

Siapa yang boleh pertikai kepimpinan Melayu, kuasa Melayu, Islam agama persekutuan, Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu, tidak ada : PM

10:23 PM MYT

 

MUAR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam dipertikai.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata justeru, pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang tidak perlu membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

“Siapa yang boleh pertikai kepimpinan Melayu, kuasa Melayu, Islam agama persekutuan, Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu, tidak ada.

“Kawan-kawan kita dalam DAP, MIC, MCA bahkan PKR yang bukan Melayu tidak pernah pertikai itu dan saya tidak mahu jadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI Pilihan Raya Kecil (PRK) N13 Simpang Jeram di Sungai Abong di sini malam ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching serta calon PH bagi kerusi itu, Nazri Abdul Rahman. 

Perdana Menteri berkata orang Melayu sendiri sudah terbiasa dengan janji dan slogan yang kononnya menekankan ‘Islam dan Melayu’ namun parti pembangkang, ketika menjadi pemerintah sebelum ini, tidak melakukan sebarang perubahan. 

“Adakah Islam ditegakkan dengan lebih baik, adakah rasuah berkurangan, adakah amalan sakau harta rakyat berkurangan, tidak ada, yang banyak hanya slogan,” katanya sambil menambah keadaan amat berbeza di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan ketika ini yang akan mempertahan dan membela nasib rakyat pelbagai kaum di Malaysia selama mana ia memerintah. 

Anwar berkata beliau tidak kisah dicerca serta dimaki namun azam dan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan ekonomi hebat di rantau ini tidak pernah terpadam. 

“Makilah sebanyak manapun, cerca dan hina sebanyak manapun, 25 tahun dihina saya tidak kisah, saya nak guna kuasa ini untuk tolong negara dan rakyat,” katanya. 

Beliau turut meminta penduduk Simpang Jeram memberi sokongan padu kepada Nazri untuk menjadi wakil rakyat bagi menguatkan lagi kerajaan negeri sekali gus membantu mempermudah usaha memacu pembangunan di kawasan itu. 

“Pastikan Nazri menang selesa. Angkat Nazri biar dia kerja, biar kita pantau, biar dia pastikan Johor dan Kerajaan Persekutuan bantu orang di Simpang Jeram,” katanya. – 3 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas Dagangan expands used cooking oil collection network to 100 stations nationwide

Initiative promotes circular economy by turning household waste into income and supporting cleaner fuel production

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

◉ Related