HEADLINES

PM Anwar luang masa bertemu pemimpin, tokoh Islam Indonesia

Siri pertemuan dan diskusi seperti itu akan terus disemarakkan demi memperkukuh kerjasama erat Malaysia dan Indonesia

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan, meluangkan masa untuk berdiskusi dan bertukar pandangan dengan pemimpin gerakan dan pertubuhan Islam di republik itu, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, beliau berkata pertemuan itu amat bermakna tatkala mereka menghimbau garis sejarah permulaan beliau sebagai aktivis yang pernah belajar daripada hikmah tokoh Islam Indonesia seperti Bapak Mohammad Natsir dan Buya Hamka.

“Dalam perbincangan ini kami banyak menyentuh tantangan pemikiran, keilmuan, dakwah dan isu yang dihadapi dunia Islam.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas Ketua Umum Muhammadiyah, Bapak Haedar Nashir; Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Dr Adian Husaini; dan Prof Din Syamsuddin yang turut hadir bersama dengan 11 organisasi termasuk Ibu Khofifah Indar Parawansa, Ketua Muslimat Nadhatul Ulama (NU) serta Gabenor Jawa Timur atas kesudian hadir dalam pertemuan ini,” katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar mengenai pertemuan terbabit.

Anwar berkata siri pertemuan dan diskusi seperti itu akan terus disemarakkan demi memperkukuh kerjasama erat Malaysia dan Indonesia serta terus memelihara persaudaraan antara gerakan dan pertubuhan Islam dari kedua-dua negara.

Perdana Menteri yang tiba di Jakarta bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam, akan mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 Sept iaitu yang kedua dihadirinya selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo.

Ini adalah sidang kemuncak pertama beliau bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Semasa persidangan itu, 11 pertemuan dua hala telah dijadualkan termasuk dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related