HEADLINES

MCMC keluar notis terhadap 4 penyedia perkhidmatan komunikasi

Beberapa syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Celcom, Maxis, YTL dan Telekom Malaysia (TM) tidak mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan yang ditetapkan

7:14 PM MYT

 

MELAKA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan notis terhadap empat penyedia perkhidmatan komunikasi berikutan kegagalan syarikat berkenaan mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan ditetapkan.

Unit Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataan memaklumkan notis dikeluarkan di bawah subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) kepada keempat-empat penyedia perkhidmatan itu bagi meminta mereka memberikan penjelasan lanjut serta mendapatkan pelan penyelesaian interim dan jangka panjang untuk menangani masalah liputan komunikasi.

Ia susulan aduan dibangkitkan mengenai masalah liputan komunikasi daripada penduduk Taman Ambassador Village, Durian Tunggal.

“MCMC menyantuni pengadu pada 1 September lepas dan menjalankan aktiviti pengauditan perkhidmatan komunikasi talian mudah alih di lokasi aduan.

“Hasil pengauditan yang dijalankan mendapati, beberapa syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Celcom, Maxis, YTL dan Telekom Malaysia (TM) tidak mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, MCMC turut berkongsi rancangan sedia ada yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan komunikasi di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, rangkaian gentian optik di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang dilaksanakan di lokasi aduan dan projek berkenaan dijangka siap menjelang akhir 2023 yang bakal memanfaatkan 250 penduduk.

“MCMC akan terus memantau dan memastikan liputan komunikasi di lokasi tersebut dalam keadaan yang optimum demi keselesaan penduduk,” menurut kenyataan itu. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related