HEADLINES

PM terima kunjungan hormat pengurus besar Nahdatul Ulama di Jakarta

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) pimpinan Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf dan jajarannya, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, beliau berkata pertemuan yang diadakan selepas selesai program Temu Anwar di Jakarta, Indonesia malam tadi, telah menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa.

“Saya singgung pengalaman panjang saya bersama Almarhum Abdurrahman Wahid (Gus Dur), mantan Presiden Indonesia serta pemimpin NU yang saya anggap sebagai sahabat yang setia dari waktu saya hadapi kesukaran dalam perjuangan politik saya.

“Saya juga zahirkan penghargaan kepada kepimpinan NU yang sudi hadir untuk bertemu dan bertukar pandangan,” kata Anwar.

Beliau turut berharap agar perbincangan seperti itu dapat dilakukan lagi demi manfaat umat.

Terdahulu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Jakarta, Indonesia dari 5 hingga 7 Sept ini.

Semalam, program dialog anak muda bersama Anwar iaitu Temu Anwar, telah diadakan buat julung kali di negara itu. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related