HEADLINES

Facebook saya berehat, banyak sangat ‘hantu’ cuba godam: Agus

Bagaimanapun, katanya, beliau akan aktif di TikTok dan Instagram miliknya @agusyusoff

6:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menggodam Facebook beliau.

Justeru, beliau dinasihatkan pasukan teknikalnya supaya berehat seketika daripada menggunakan platform media sosial itu.

“Facebook (FB) saya ada masalah. Banyak sangat hantunya (penggodam). Hantunya bukan netizen yang kuat mengomen, tetapi mereka yang cuba hack (menggodam) FB saya.

“Oleh itu, atas nasihat pasukan teknikal, saya rehat dahulu daripada menggunakan Facebook. Pasukan teknikal saya hendak buat pembersihan kepada beberapa nama yang tidak ada profil jelas,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Agus berkata, beliau akan aktif di TikTok dan Instagram miliknya @agusyusoff.

“Kepada yang kuat memberi komen dan mengkritik, kita terus berkawan asalkan profilnya lengkap. Saya kekal bersiaran di Tik Tok dan ig@agusyusoff. Jumpa lagi,” katanya.

Agus yang juga penganalisis politik terkenal dilantik menerajui J-KOM pada 2 Februari lalu.

Bagaimanapun Scoop melaporkan, beliau didakwa gagal memainkan peranan dalam memastikan J-KOM melaksanakan tugas dengan berkesan menyampaikan maklumat terutama insentif kerajaan kepada rakyat.

Ia susulan banyak manfaat dan insentif diperkenalkan kerajaan dalam membantu rakyat tidak diketahui masyarakat.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengesyorkan agar jawatan disandang Agus itu ditukar kepada individu lain.

“Tukar pengarah J-KOM. Penyampaian maklumat manfaat atau insentif diberikan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat tak sampai ke bawah pun.

“Untuk yang selalu buka pejabat bergerak dekat flat, dekat pasar macam kami ini (Adun), apa kami nampak banyak insentif baik yang diberikan kerajaan pada rakyat contohnya, Skim Perubatan Madani, pergi sana sini bantu mohon, tak ramai pun tahu.

“PekaB40 dan MySalam dari zaman Pakatan Harapan (PH) pun ramai yang tak tahu,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related