HEADLINES

Nisbah satu penderma organ kepada sejuta populasi dicapai dalam masa terdekat: Dr Zaliha

3:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan sasaran nisbah satu penderma organ kepada sejuta populasi dapat dicapai dalam masa terdekat, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

“Nisbah ketika ini adalah 0.7 penderma kepada sejuta populasi, namun pelbagai usaha diambil untuk menggalakkan lebih ramai berikrar sebagai penderma organ,” katanya dan menambah ketika ini terdapat 370,130 pengikrar derma organ, dengan 22,268 daripadanya didaftarkan tahun ini.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini, Dr Zaliha berkata kadar pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi antara 10 negara yang terendah di dunia.

“Terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara jumlah pesakit dalam senarai menunggu transplantasi iaitu seramai 10,747 orang, berbanding jumlah penderma organ selepas kematian iaitu 845 orang,” katanya.

Dr Zaliha berkata pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ termasuk melalui penyampaian khutbah di masjid memandangkan masih ada orang beragama Islam tidak selesa dengan pendermaan organ. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related