◉ HEADLINES

2 rentung nahas kereta bertembung lori disahkan suami isteri

Kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan masing-masing berumur 23 dan 26 tahun.

8:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua individu yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, dekat sini pagi tadi disahkan sebagai pasangan suami isteri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan itu masing-masing berumur 26 dan 23 tahun.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 4.30 pagi tadi. 

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City dinaiki pasangan itu dari arah Bandar Country Homes menghala ke Rawang telah hilang kawalan.

“Ia kemudian memasuki arah bertentangan lalu merempuh sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, pasangan itu gagal diselamatkan daripada kebakaran itu, manakala pemandu lori terlibat berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasangan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – 7 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related