HEADLINES

Peluang kedua buat Liza Hanim bergelar juara Gegar Vaganza

Pernah kalah tipis dengan juara GV4, Liza Hanim mengharapkan peluang kedua di GV All Star untuk kembali merebut gelaran juara

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Liza Hanim mengharapkan ada sinar buatnya untuk kembali menyertai program Gegar Vaganza (GV) All Stars yang akan bermula pada 24 September ini.

GV All Stars menghimpunkan 10 juara daripada musim lalu dan menyediakan lima lagi tempat untuk finalis setiap musim yang akan dipilih menerusi undian dalam talian.

Antara paling disebut-sebut akan dipilih ialah Liza Hanim yang juga naib juara GV musim keempat.

“Sejujurnya saya sangat terharu apabila ada mengharapkan saya terpilih untuk sama-sama sertai GV All Stars. Jika saya terpilih sudah tentu saya harus berikan yang terbaik kerana bukan saya yang meletakkan diri saya di situ tetapi peminat. Saya tak boleh main-main,” katanya ketika ditemui di showcase Jamming With The Stars di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur di sini.

Jika terpilih, Liza sekali lagi bakal bertanding dengan pesaingnya di GV4, iaitu Datuk Aishah. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk kembali merebut gelaran juara yang pernah diimpikannya satu ketika dahulu, kata Liza sasaran dia pada kali ini adalah untuk melangkah ke peringkat akhir.

“Satu mengenai seorang Liza Hanim, saya sudah lalui perkara ini banyak kali. Orang jangka saya akan menang, tetapi tidak. Tetapi saya teruskan juga. Saya dah kebal dengan perkara ini, namun ia tidak pernah memadamkan api dalam diri saya.

“Kalau saya terpilih, saya ingin pergi ke peringkat akhir. Bagi saya pergi ke peringkat akhir itu adalah satu kemenangan buat saya. Saya dah tak peduli sama ada menang atau tidak.

“Yang penting saya ingin berikan persembahan ‘boom’. Apa-apa keputusan nanti saya terima sahaja. Tetapi sudah tentu dalam hati ini terdetik perasaan ingin menang juga. Dulu pun beza markah saya sangat tipis dengan juara,” kongsinya.

Sepuluh peserta yang akan berentap di GV All Stars adalah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor. – 10 September, 2023

Topics

 

Popular

Grab’s RM9.9bil impact: How the platform fuels Malaysia’s economy

A new report shows the ride-hailing giant contributed 0.5% of GDP in 2023, supporting over 277,000 earning opportunities across the country

Rainforest Youth Summit 2025 returns to Kuching to bolster climate leadership in Southeast Asia

Over 700 young delegates gather in Sarawak for regional summit blending Indigenous wisdom, policy action, and environmental resilience

Muhyiddin sudah ‘hilang kawalan’ parti perlu reformasi segera: Saifuddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘hilang kawalan’ dan Bersatu berisiko kehilangan hala tuju sekiranya parti itu tidak menjalankan reformasi dengan segera, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Beliau yang dipecat daripada...

Related