HEADLINES

Kes tuntutan harta RM2 bilion balu Jamaludin Jarjis diteruskan dengan bicara

Puan Sri Kalsom Ismail selaku plaintif memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya hari ini gagal diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Empat anak Kalsom iaitu Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla manakala ibu mentuanya, Aminah Abdullah adalah defendan pertama hingga kelima.

Peguam Syarie Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili Aminah berkata pihak-pihak terlibat gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan kes diteruskan dengan perbicaraan dan 9 Oktober ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh bicara,” katanya kepada pemberita selepas prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid hari ini.

Pada prosiding hari ini, Kalsom diwakili Peguam Syarie Datuk Sulaiman Abdullah.

Kalsom, 67, selaku plaintif memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya sebagai defendan. 

Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

PDRM and MCMC join forces to dismantle drug-laced vape syndicates

Authorities ramp up cyber patrols and enforcement as youth-targeting networks exploit social media and encrypted platforms

Related