HEADLINES

Kerjaya politik bukan jiwa saya, Sunny Deol mahu ‘bersara’ jadi wakil rakyat

Ahli Parlimen Gurdaspur itu juga bercadang tidak akan bertanding pada pilihan raya 2024

11:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas terjun ke bidang politik, barulah aktor Bollywood, Sunny Deol menyedari kerjaya itu tidak sesuai untuk dirinya.

Ahli Parlimen Gurdaspur itu juga membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya 2024 dan percaya Perdana Menteri India, Narendra Modi akan memahami pendiriannya mengenai perkara tersebut.

Sunny dan Ameesha Patel kembali sebagai Tara dan Sakina dan gandingan mereka berjaya mencetuskan magis. – Gambar media sosial, 12 September, 2023

“Selepas saya memasuki dunia politik, saya sedar dunia ini bukan untuk saya,” katanya.

Sunny Deol berkata demikian, susulan kejayaan filem terbaharunya, Gadar 2 yang mencipta kejayaan besar apabila mencatat kutipan melebihi RS 500 crores (RM282,004,407.40).

Ia merupakan filem comeback Sunny dalam industri Bollywood selepas muncul dengan hanya dua filem kurang mendapat sambutan sepanjang 2019 sehingga 2022.

Dalam filem itu, Sunny dan Ameesha Patel kembali sebagai Tara dan Sakina dan gandingan mereka berjaya mencetuskan magis.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya politiknya, Sunny berkata, biarpun ia tidak sesuai dengan jiwanya, dia tetap berusaha keras membangunkan kawasan diwakilinya itu.

“Saya bekerja untuk kawasan saya. Tidak penting jika saya hadir di Parlimen atau tidak. Kehadiran saya tidak penting untuk kerja yang saya lakukan.

“Lagipun banyak masalah yang timbul jika saya ke Parlimen. Misalnya, pengawal keselamatan akan sentiasa menemani saya ke mana sahaja,” katanya.

Sunny Deol berkata, Perdana Menteri tahu apa yang dilakukannya kepada negara menerusi filem. – Gambar media sosial, 12 September, 2023

Malah katanya, dia juga bimbang akan dikerumuni orang ramai yang dikhuatiri bakal mencetuskan banyak masalah.

Ditanya sekiranya Narendra Modi akan memujuknya bertanding dalam pilihan raya 2024, Sunny Deol berkata, Perdana Menteri tahu apa yang dilakukannya kepada negara menerusi filem.

“Dan sudah tentu beliau akan memberi kebenaran kepada saya untuk fokus kepada perkara tersebut sahaja,” katanya. – 12 September, 2023

Topics

 

Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related