◉ HEADLINES

Hijjaz akui peminat teruja bila lagu baharu, Sandiwara punya feel dan mood seperti Fatamorgana

Hijjaz juga memberitahu bahawa buat pertama kalinya, mereka akan bawakan kagu Sandiwara di dalam Konsert 5 Rukun di Zepp Kuala Lumpur, mala mini.

4:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid, Hijjaz memanjatkan rasa syukur apabila single terbaharu mereka, Sandiwara berjaya mendapatkan respons yang cukup baik daripada peminat serta dianggap berjaya mengembalikan semula identiti muzik nasyid mereka.

Salah seorang anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isa berkata, Sandiwara memiliki persamaan dengan Fatamorgana dari sudut karaktor melodi dan susunan muziknya.

“Bezanya, muzik dan bunyinya lebih segar dan kami semua ada bahagian nyanyian solo masing-masing. Nak buat lagu macam Fatamorgana memang susah. Selepas 20 tahun baru jadi lagu macam Fatamorgana ini.

“Bila Sandiwara keluar di pasaran, peminat kami memang teruja kerana mereka dapat rasa feel dan mood Hijjaz menerusi lagu itu.

“Yang susahnya jadi artis rakaman muzik adalah mengekalkan identiti muzik kita. Jadi, bila dapat lagu macam Sandiwara ini, kita benar-benar bersyukur dan rasa cukup seronok,” katanya.

Selain Isman (paling kiri), Hijjaz turut dianggotai Mohd Faizal Osman, Munif Ahmad dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim. – Gambar PR, 15 September, 2023

Selain Isman, Hijjaz yang mula bergiat aktif sebagai artis muzik rakaman bermula pada 1997 ini turut dianggotai Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim.

Bakal beraksi dalam Konsert 5 Rukun di Zepp Kuala Lumpur pada malam ini, Isman mengakui, mereka sudah giat membuat latihan menerusi pelbagai persembahan yang dijayakan sepanjang bulan September ini.

“Bulan September ini, kami memang banyak buat show. Bahkan, ada yang back-to-back show. Jadi, dari situ kami mengambil kesempatan untuk membuat latihan semasa show kecuali lagu Sandiwara.

“Sebabnya, Sandiwara akan jadi lagu pertama yang akan kami persembahkan dalam Konsert 5 Rukun ini. Jadi, latihannya dilakukan dengan lebih giat lagi terutama untuk bahagian solo masing-masing.

“Ini juga kali pertama kami berkolaborasi dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dari Istana Budaya. Memandangkan ia mengetengahkan bunyian yang tradisional, maka tidak susah untuk kita nyanyikan lagu-lagu kita.

“Susunan muziknya tidak banyak berubah, cuma penggunaan instrumen sahaja yang dilebihkan. Ia satu kelainan yang cukup menarik bagi kami,” katanya.

Konsert 5 Rukun anjuran Mac Training Sdn Bhd ini juga turut menampilkan empat lagi artis iaitu Daqmie, Rabbani, Inteam dan Mestica.

Ia juga sebagai satu kesinambungan daripada penerbitan album Sahabat Selamanya yang pernah dijayakan kelima-lima mereka sebelum ini pada hujung 2022, di mana Daqmie turut bertindak sebagai Eksekutif Produser.

Konsert 5 Rukun mengandungi lima segmen yang akan dijayakan setiap lima geng Sahabat Selamanya ini dengan pemilihan lagu-lagu hebat masing-masing sama ada dalam persembahan secara solo, secara duet serta nyanyian beramai berserta dengan Qasidah yang bakal memberikan impak kepada keseluruhan persembahan. – 15, September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related