HEADLINES

Negara jadi kuat jika kita mampu tolak sikap prasangka: Anwar

Saya yakin bahawa negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya kita berani menolak sikap prasangka dan memupuk persefahaman dan kasih sayang

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya semua pihak berani menolak prasangka dan memupuk persefahaman serta kasih sayang.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa, Perdana Menteri menggesa semua untuk semangati hari ini dengan rasa cinta yang mendalam kepada negara, sikap ihsan dan kasih sayang sesama warga dan perteguh perpaduan antara kaum.

“Saya yakin bahawa negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya kita berani menolak sikap prasangka dan memupuk persefahaman dan kasih sayang. Segulai sejalai,’’ katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

‘Segulai Sejalai’ merupakan cogan kata dalam bahasa Iban yang bermaksud ‘Berjalan Seiringan’ dan ia bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Hari Malaysia tahun ini disambut dengan tema yang sama pada Hari Kebangsaan 2023 “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak malam ini. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related