HEADLINES

Saya tidak akan melenting, bila orang tengok versi video penuh, orang akan faham: Aidil Aziz

Aidil juga menjalani penggambaran untuk sebuah filem yang diinspirasikan daripada sejarah peristiwa hitam di Lahad Datu pada 2013

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Aidil Aziz yang juga suami kepada aktres Fasha Sandha tidak menyangka sedutan video 10 saat yang memaparkan kemesraan mereka yang berendam di dalam tab mandi itu akan mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Namun pada masa yang sama, Aidil juga mengakui, sebagai suami, dia sama sekali tidak berasa terkesan dengan segala hujatan atau kecaman mereka.

“Sebabnya, apa yang ditonton itu sebenarnya adalah babak akhir daripada sebuah video penuh dan babak itu pula babak yang paling akhir.

“Video penuhnya berdurasi 1 minit. Tapi, disebabkan video penuh itu tidak boleh dipaparkan sehingga hari pelancaran produk Beaunita, jadi pihak syarikat produk ini hanya tunjukkan babak yang paling hujung. Ia hanya sekadar satu gimik sahaja.

“Kalau tengok versi penuhnya, sebenarnya video ini tidak ada apa pun. Sebab itu juga, saya tidak terasa apa-apa. Cuma netizen menjadikan ia sebagai satu isu disebabkan babak itu.

“Saya tidak akan melenting sebab semua orang ada hak untuk beri komen. Terserah orang nak cakap apa. Tapi, bila dah keluar versi penuh video itu nanti, orang akan faham juga,” katanya.

Menurut Aidil lagi, apabila orang melihat video penuhnya nanti, orang akan lebih memahami tentang mesej yang cuba disampaikan tentang produk ini.

“Itu sebenarnya yang cuba kita terapkan atau sampaikan. Kita mahukan keintiman pasangan suami isteri itu semakin kuat walaupun sudah bertahun kahwin.

“Mungkin, ada hubungan suami isteri ini yang sudah mula perlahan. Tapi dengan produk ini, ia mampu membantu untuk memercikkan lagi keintiman mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aidil juga menjalani penggambaran untuk sebuah filem yang diinspirasikan daripada sejarah peristiwa hitam di Lahad Datu apabila kedaulatan negara dicerobohi pengganas Sulu pada 2013. – 16 September, 2023

Topics

 

Popular

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related