HEADLINES

Pemimpin Tertinggi PN nasihat Wan Fayhsal tak sertai Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia

Pada awalnya Wan Fayhsal dan beberapa Ahli Parlimen Pemuda PN bersedia untuk menyertai himpunan tersebut dan sudah berkumpul di sebuah hotel berdekatan

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dinasihatkan untuk tidak menyertai Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia semalam, atas faktor keselamatan.

Setiausaha Sulitnya, Meor Naqiuddin berkata, pada awalnya Wan Fayhsal dan beberapa Ahli Parlimen Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menyertai himpunan tersebut dan sudah berkumpul di sebuah hotel berdekatan.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin tertinggi PN menasihatkan agar Ahli Parlimen Machang itu membatalkan niat untuk menyertai himpunan tersebut.

“Ahli Parlimen Pemuda PN sudah berkumpul di Hotel Tamu pada jam 1.30 petang semalam bersama dengan jawatankuasa sekretariat Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia.

“Bagaimanapun, sebaik berkumpul di situ, polis sudah mula memenuhi kawasan berdekatan hotel tersebut. Jadi, mereka dinasihatkan oleh pemimpin parti untuk tidak menyertai himpunan tersebut,” katanya kepada Scoop.

Meor berkata demikian selepas ditanya mengenai ketiadaan Wan Fayhsal dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari semalam walaupun kedua-duanya dianggap sebagai penggerak utama himpunan tersebut.

Semalam, Fadhli memuat naik gambarnya bersama dengan Wan Fayhsal, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz serta individu lain di dalam sebuah bilik hotel di Facebook miliknya.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet mengenai keberadaan Fadhli dan juga Wan Fayhsal.

Terdahulu, Scoop melaporkan bahawa Tun Faisal yang juga Ahli Majlis Tertinggi Muafakat Nasional (MN) berkata, Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia diselaraskan oleh badan bukan kerajaan (NGO), bukannya parti politik.

Justeru katanya, jika Wan Fayhsal dan Fadhli ingin terlibat sama, mereka boleh datang ke perhimpunan berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ketika himpunan itu mula dihebohkan ada ura-ura parti politik tertentu akan turut serta, namun semakin menghampiri tarikhnya, koordinasi untuk himpunan tersebut dilihat tidak tersusun.

Ahli kumpulan himpunan terbabit semalam bergerak ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek Kampung Baru dan membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

Antara tuntutan tersebut adalah meminta kerajaan mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu. – 17 September, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] UEC adalah ciptaan Malaysia, bukan produk China: Pengerusi Dong Zong

KUALA LUMPUR – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), yang sering disalah anggap sebagai produk China, sebenarnya dicipta oleh rakyat Malaysia, kata Datuk Tan Yew Sing, pengerusi Dong Zong. Beliau menekankan UEC adalah ciptaan Malaysia...

Umno assembly endorses ‘grand collaboration’ of Malay-Muslim parties, Zahid assures no threat to unity govt

Party information chief Datuk Seri Azalina Othman Said also affirms Umno’s support for Anwar’s administration

Petronas targets steady 2 million BOE per day as it accelerates energy transition

Petronas aims to maintain domestic oil and gas production while expanding into lower-carbon and renewable energy ventures, according to its Activity Outlook 2026–2028

Related