HEADLINES

Kerajaan komited asingkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited dalam usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan terpelihara, kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau sekali gus membidas pihak pembangkang yang tidak melaksanakan perkara itu ketika gabungan berkenaan menjadi kerajaan, namun kini sering membangkitkan isu pendakwaan terpilih.

“Kenapa semasa yang di sana jadi kerajaan tidak pisahkan (Pengasingan kuasa) Peguam Negara? Bila Yang Berhormat di sana kena, kata ‘oh pendakwaan terpilih’, bila sini yang kena – kata padan muka. 

“Kerajaan MADANI komited kepada tata kelola lebih adil. Kami walk the talk. Mereka (pembangkang), they don’t walk, they don’t talk,” kata Azalina ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang membangkitkan isu pendakwaan terpilih dalam kes-kes mahkamah yang kononnya hanya dikenakan terhadap pembangkang. 

Azalina berkata di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding.

“Setiap Peguam Negara ada kuasa dakwa dan lepaskan, dan bila hakim membebaskan, tak semestinya tak boleh didakwa.

“Pelbagai Peguam Negara terdahulu termasuk Tan Sri Tommy Thomas pun banyak kes telah dilepaskan. Sebab itu kerajaan komited pisahkan (fungsi) Peguam Negara dan pendakwa raya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan satu kajian emprikal sebelum memuktamadkan cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Selain itu, dalam penggulungannya Azalina berkata kerajaan dalam proses akhir untuk mendapatkan keputusan dasar berhubung cadangan pindaan yang telah diperolehi sebelum rang undang-undang mengenai pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) digubal. 

Katanya kerajaan juga berhasrat dan menyasarkan untuk memuktamadkan serta membentangkan pindaan dan penambahbaikan Akta 711 selewat-lewatnya November ini. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related