◉ HEADLINES

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat

Qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam

10:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dinasihat bertaubat kerana didakwa telah menyebut beberapa perkataan jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

“Ia menjadi satu kesalahan jenayah syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.

“Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam Parlimen tanpa sebarang teguran sedangkan dalam Parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan hudud dalam negara,” kata Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus menerusi hantaran di akaun Facebook beliau.

Radzi mengeluarkan perkataan berkenaan ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related