HEADLINES

Lima tahun memohon, Anna Al Juffrey akui terharu apabila akhirnya berjaya dapat ‘Blue Tick’ Instagram

Anna mengakui sebagai seorang yang cari makan dalam industri hiburan, ‘Blue Tick’ memainkan peranan penting

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai radio dan pengacara, Anna Al Juffrey tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya apabila permohonannya untuk mendapatkan ‘Blue Tick’ di akaun Instagramnya telah diluluskan oleh pihak platform media sosial tersebut.

Dalam satu hantaran terbaharu, Anna telah berkongsi mengenai perkara itu kepada pengikut serta peminatnya yang berjumlah lebih 50,000 orang.

“Akhirnya, selepas berkurun lama memohon sejak lima tahun lalu, dapat jua lambang biru tepi nama.

“Sebagai manusia yang cari makan dalam industri hiburan, benda alah ini (Blue Tick) memainkan peranan penting.

“Client nanti nak tengok ada ‘Blue Tick’ ke tidak, orang tuh nak pantau, orang nih nak check. Jadi, inilah hasilnya, terbukti tanpa bayaran.

“Yang paham sahaja faham. Isskkk, hai terharulah,” katanya.

Anna atau Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 33, kini sibuk menumpukan perhatian dengan tugas pengacaraannya di Go Shop.

Sebelum ini, Anna pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen Gegar FM dan Suria FM. – 22 September, 2023

Topics

 

Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related