HEADLINES

PM bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York

Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada majlis makan malam bersama kira-kira 1,000 orang itu

8:55 AM MYT

 

NEW YORK – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.

Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada majlis makan malam bersama kira-kira 1,000 orang itu.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Nazri Aziz; Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Ahmad Faisal Muhamad dan beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.

Anwar, yang tiba di bandar raya ini pada Rabu, sebelum itu menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.

Terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia menetap di Amerika Syarikat. – 23 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related