HEADLINES

Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan kembali meriah, 3,700 sertai perarakan

Seramai 3,700 peserta membabitkan 131 kontinjen dari pelbagai kementerian, agensi badan berkanun dan swasta menyertai perarakan sejauh 1.1 kilometer (km), bermula jam 8 pagi tadi

11:00 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) di sini hari ini, kembali meriah apabila acara perarakan diadakan semula selepas tiga tahun ditiadakan.

Perarakan yang bermula dari Jambatan Seri Gemilang ke PICC, diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar membabitkan seramai 3,700 peserta. 

Jumlah itu mewakili 131 kontinjen dari pelbagai kementerian, agensi badan berkanun dan swasta yang menyertai perarakan sejauh 1.1 kilometer (km), bermula jam 8 pagi tadi. 

Majlis sambutan yang Bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ turut diserikan dengan persembahan nasyid, dan penyampaian anugerah kepada tokoh serta hadiah kepada pemenang perarakan.

Sambutan kali ini akan menyaksikan seorang penerima anugerah perdana manakala enam lagi diangkat sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang layak dan memberi sumbangan cukup bermakna dalam pembangunan ummah serta negara.

Acara tersebut akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Jemaah Menteri. – 28 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Unraveling tragedy: The role of inquests in Malaysian law – Chuah Bee Kim

More than just a legal process, inquests provide families with answers, shaping policies that prevent future loss

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related