HEADLINES

Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol ketika kokurikulum

Besi palang gol di tempat kejadian dipercayai patah semasa aktiviti kokurikulum

11:15 PM MYT

 

BINTULU – Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit dalam satu kenyataan mengesahkan Balai Polis Pusat Bintulu telah menerima laporan kemalangan itu pada 7.24 pagi.

“Seorang murid warga tempatan telah terlibat dalam kemalangan dan mendapat kecederaan parah di kepala akibat ditimpa besi palang gol di tempat kejadian yang dipercayai patah semasa aktiviti kokurikulum.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Katanya hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan kes itu.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Ahmad Amir Youb Bahari di talian 013-5653756 atau bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related