HEADLINES

Mana satu beras hancur, SST? Dr Akmal mahu dedah kartel beras tipu rakyat

Menurutnya, beliau lantang menyuarakan isu kekurangan bekalan beras di pasaran demi kepentingan rakyat

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh akan membuat pendedahan mengenai isu kartel beras kepada umum dalam masa terdekat.

Menurutnya, isu tersebut perlu didedahkan kerana mendakwa terdapat pengilang yang menipu rakyat mengenai beras hancur dan juga beras Super Spesial Tempatan (SST).

“Yang mana satu beras hancur dan beras SST? Jawab dulu. Nanti saya beritahu pendedahan isu kartel beras ini yang menipu rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Akmal yang juga exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata, beliau memperjuangkan isu kekurangan bekalan beras di pasaran demi kepentingan rakyat.

“Kita lawan demi hak rakyat,” tegasnya.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi video berdurasi tiga minit 24 saat yang tular pada 25 September lalu, menunjukkan beliau melakukan pemeriksaan secara mengejut di dua kilang beras di negeri itu.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak pengilang untuk menjual beras dengan harga yang ditetapkan kerajaan dan jika gagal, pihaknya tidak teragak-agak untuk menarik lesen kilang terbabit.

Katanya, margin keuntungan yang kecil tidak boleh dijadikan alasan oleh pengilang untuk tidak mengeluarkan beras tempatan.

“Kalau you (awak) tak mahu buat you cakap, saya tarik you punya lesen. Kalau you cakap you rugi ini kerajaan punya arahan tahu RM26 (sepaket).

“Kalau you rugi, you cakap dengan saya (saya) sekarang, saya tarik you punya lesen kasi (beri) orang lain hantar (beras).

“Sekarang ini you punya lesen, you kata rugi tak mahu jual (beras tempatan), saya boleh panggil kerajaan tarik you punya lesen semua,” katanya.

Susulan itu, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyelar tindakannya membuat ugutan membatalkan lesen pengilang sekiranya tidak mahu menjual beras tempatan pada harga ditetapkan kerajaan.

Lian Ker menyifatkan tindakan dilakukan Dr Akmal itu sebagai sesuatu yang jelek dan tidak wajar. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related