HEADLINES

PAS tak rayu keputusan mahkamah batal kemenangan Che Alias di Kemaman: Takiyuddin

Menurut beliau, PAS menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat SPR berikutan keputusan tersebut

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamidi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu diambil selepas pengurusan kes dalam talian yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis, hari ini.

Menurutnya, hakim memutuskan kes tersebut sama seperti keputusan mahkamah membatalkan kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU-15 kerana wujud unsur rasuah.

“Keputusan hakim dalam kes Petisyen Kemaman adalah sama seperti mana keputusan dalam kes Petisyen Kuala Terengganu.

“(Anselm berkata) Keputusan bagi kes petisyen pilihan raya ini adalah terdapatnya unsur rasuah bagi kerusi Parlimen ini. Namun (hakim) tidak menamakan mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Takiyuddin berkata, PAS menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan keputusan tersebut.

Terdahulu, Scoop melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin tidak menyarankan parti itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman, sebaliknya menunggu sahaja Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Katanya, PRK di Kemaman perlu diadakan bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai disebabkan ketiadaan Ahli Parlimen di kawasan terbabit.

Beliau turut yakin PAS mampu memperoleh kemenangan besar sekiranya PRK dilaksanakan di Parlimen Kemaman.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias yang juga calon PAS di kerusi Parlimen Kemaman.

Anselm berkata, pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.

Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar RM30,000 kepada pempetisyen. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related