HEADLINES

Bakal sertai Famili Duo 3, Mas Idayu tak kenal siapa Ryan Bakery dan adiknya Adam Bakery

Juri rancangan Famili Duo 3, Mas Idayu mengakui dia tidak mengenali siapa sebenarnya Ryan Bakery dan adiknya Adam Bakery dalam industri seni tanah air

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi dangdut popular yang juga juri rancangan Famili Duo, Mas Idayu mengakui tidak mengenali pempengaruh media sosial, Ryan Bakery dan adiknya Adam Bakery. 

Ryan dan Adam masing-masing telah terpilih untuk menjadi peserta Famili Duo musim ketiga.

Sewaktu Ryan dan Adam selesai membuat persembahan ketika sesi sidang media yang berlangsung di IOI Mall Putrajaya, Mas Idayu telah bertanya siapakah mereka berdua di dalam industri. 

“Maaf mummy tak kenal siapa kamu. Siapakah kamu di dalam industri ini? Adakah kamu penyanyi, pelawak atau apa?,” soalnya kepada pasangan adik beradik itu. 

Lantas Ryan menjawab mereka adalah ‘content creator’. 

Menurut Mas Idayu, dia melihat pasangan adik beradik ini mampu menarik perhatian penonton dengan teletah kelakar mereka, namun dia tidak mahu perkara itu menjadi asas persembahan mereka setiap minggu. 

“Walau apa pun, Famili Duo adalah pertandingan nyanyian. Memang juri menitikberatkan soal kreativiti persembahan. Namun jangan gunakan point itu sahaja dalam setiap persembahan. 

“Program ini adalah program serius. Ini bukan program seperti Raja Lawak atau Bintang Mencari Bintang,” katanya.

Mas Idayu turut mengingatkan Ryan dan Adam Bakery bahawa rancangan Famili Duo adalah rancangan yang serius sekali gus memerlukan perhatian penuh daripada setiap peserta. – Gambar Instagram, 4 Oktober, 2023

Namun Mas Idayu berkata bakat yang ada pada Ryan dan Adam tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja apatah lagi perjalanan program itu masih jauh.

“Ketika ini anda lihat nyanyian mereka kurang bagus. Tetapi siapa tahu nanti bila pertandingan dah bermula, mereka akan menunjukkan peningkatan. 

“Mungkin mereka ada sesuatu yang peserta lain tidak ada. Yang bagus menyanyi belum tentu dapat mengatasi persembahan mereka” ujarnya. 

Famili Duo musim ketiga akan bersiaran di TV3 bermula 15 Oktober ini setiap Ahad jam 9 malam.

Antara pasangan duo yang turut serta untuk musim kali ini ialah Shila Amzah dan Syahir, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Tom dan Fuad dan satu lagi pasangan yang akan diperkenalkan pada konsert pertama nanti. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

PM bakal rombak Kabinet Disember ini? Nama KJ dikaitkan bakal isi jawatan menteri

Khairy Jamaluddin, Johari Abdul Ghani, Ramanan antara yang dikaitkan akan terlibat dalam rombakan Kabinet

Related