HEADLINES

Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah

Perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman serta ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi Fahd Hamidaddin

6:32 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Malaysia dan Arab Saudi telah mengadakan perbincangan berhubung usaha menjadikan Malaysia sebagai hab transit pilihan untuk jemaah umrah yang melakukan perjalanan ke Arab Saudi, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman serta ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi Fahd Hamidaddin, di luar sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) tahunan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat bersama, khususnya berkaitan usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab transit pilihan bagi jemaah umrah yang melakukan perjalanan ke Arab Saudi melalui KLIA.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada 18 Julai lepas berkata MOTAC yakin inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi jemaah umrah akan dapat memacu dan melonjakkan industri pelancongan negara.

Tiong berkata Malaysia juga boleh menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim kepada jemaah haji yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Muslim global. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MACC probes claims of Singapore tycoon’s alleged role in Sabah mining scandal

This comes after whistleblower businessman Datuk Albert Tei alleges political persecution amid graft charges over RM350,000 in bribes

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Related