HEADLINES

Bergelar ejen insurans sepenuh masa kerana kurang tawaran seni, ‘saya tidak malu lakukan apa-apa kerja asal mampu sara anak, isteri’

Malah, Ammar berkata, dia tidak kisah melakukan kerja lain untuk menjana pendapatan, termasuk berniaga di bazar Ramadan

2:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kurang mendapat tawaran dalam bidang seni, menjadi punca pelakon dan pengacara, Ammar Titan kini bergelar ejen insurans sepenuh masa.

Menurut Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, 36, dia tidak malu melakukan kerja itu kerana baginya apa yang penting mempunyai pendapatan untuk menyara isteri dan anaknya.

“Saya mula menjadi ejen insurans sepenuh masa sejak Julai lalu demi kelangsungan hidup. Saya sedar tanggungjawab saya sebagai seorang suami dan ayah kepada dua orang anak.

“Walaupun ini bidang yang baru untuk saya, tetapi saya fikir kenapa saya nak tertunggu-tunggu untuk cari rezeki. Ada orang yang kurang upaya pun boleh kerja. Jadi apa alasan saya untuk tak bekerja?

“Mungkin orang cakap buat apa jadi ejen insurans. Pada saya yang penting tak kacau orang, saya tak cabul orang. Saya hanya buat kerja untuk tambah pendapatan saja,” katanya ketika ditemui pada sidang media teater Dang Anum.

Ditanya cabaran sebagai ejen insurans, bekas penyampai radio Hot FM ini mengakui, agak sukar mendapatkan kepercayaan orang untuk mendaftar sebagai pelanggan di bawah insurannya.

“Mungkin kerana saya seorang artis dan bukannya pakar dalam bidang ini membuatkan ada sesetengah pihak kurang yakin.

“Tetapi Alhamdulillah saya sudah punya beberapa orang client (pelanggan), termasuklah sahabat baik saya, Issey Fazlisham,” ujarnya.

Ammar bakal muncul sebagai hero dalam teater bangsawan Dang Anum yang akan dipentas pada 14 dan 15 November ini. – Gambar Scoop/Helmi Anuar, 6 Oktober, 2023

Ammar berkata, dia juga tidak kisah melakukan kerja lain untuk menjana pendapatan, termasuk berniaga di bazar Ramadan.

“Saya tolong kawan saya berniaga di bazar Ramadan TTDI. Saya tak malu. Pada saya gelaran artis hanyalah ketika saya bekerja. Saya tolong kawan saya berniaga ketika itu untuk cari duit raya,” kongsinya.

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Ammar bakal muncul sebagai hero dalam teater bangsawan Dang Anum yang akan dipentas pada 14 dan 15 November ini.

Katanya, dia menerima tawaran melakonkan watak suami kepada Dang Anum, iaitu Laksamana Bentan kerana ingin melepas ‘gian’ berlakon teater.

“Saya memang nak lepas gian berlakon teater. Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada 2011. Jadi bila Ain Sufia yang memegang watak Dang Anum menghubungi saya memberitahu mengenai tawaran melakonkan watak ini, saya terus setuju,” jelasnya.

Selain Ammar, teater Dang Anum yang diarahkan Amirul Haswendy, dibintangi Ain Sufia, Adam Shahz dan Along Eyzendy.

Karya berkenaan bakal dipentaskan pada 14 hingga 15 Oktober ini – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related