HEADLINES

Video derhaka ibu: Tiga lelaki direman 4 hari kes wanita warga emas dikasari

Aidi berkata, pihak polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi, sebelum kes itu dirujuk kepada pihak pendakwaan Negeri Sembilan

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki berusia 17 hingga 29 tahun, ditahan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam, susulan kes video tular mengenai individu didakwa bertindak biadap dan melakukan kekerasan kepada ibu sendiri.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, mereka direman empat hari bermula hari ini, selepas Mahkamah Port Dickson membenarkan permohonan itu.

“Pada 5 Oktober jam lebih kurang 6.30 petang, ekoran isu viral ‘Derhaka Ibu’, pihak polis membuat tangkapan terhadap tiga lelaki di Pejabat Detektif Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi.

“Mereka (saksi) ini dipanggil untuk membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak pendakwaan Negeri Sembilan untuk arahan lanjut,” katanya.

Sejak kelmarin, tular satu video bertajuk ‘Derhaka Ibu’ di media sosial memaparkan seorang wanita mendakwa dikasari sekumpulan individu yang menerima perhatian warga maya, dengan rata-rata mereka mengecam hebat tindakan dilakukan itu kerana wanita terbabit didakwa warga emas, selain ibu sendiri.

Menerusi video itu, ibu berkenaan menceritakan kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagaimana dia diheret dan ditolak, dipercayai kerana perselisihan faham keluarga.

Rakaman video itu dibuat rentetan satu kejadian pada 28 September lalu pada jam kira-kira 9.28 malam, dipercayai membabitkan selisih faham antara adik-beradik dengan warga emas berkenaan di sebuah taman perumahan.

Siasatan kes itu dibuat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related