HEADLINES

Sweet betul suami Sharifah Aleya melayannya waktu dia tidak bersemangat, titip luahan romantis ‘awaklah segalanya buat saya…’

Malah, sebagai suami yang amat bertanggungjawab dan penyayang, Miko sentiasa cuba membantu Aleya mengatasi masalahnya

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam kehidupan seharian yang kita lalui, adakalanya kita akan berasa tidak bersemangat disebabkan sesuatu masalah dialami, termasuk apabila gagal melaksanakan sesuatu.

Bagi wanita pula, ia lebih kompleks kerana mungkin terkait dengan perubahan hormon yang boleh mengakibatkan emosi jadi tidak menentu.

Pelakon Sharifah Aleya yang juga kakak kepada Sharifah Amani nampaknya sedang melalui fasa tersebut dan berkongsi apa dirasainya itu kepada suaminya, Miko Abdullah.

Sebagai seorang suami yang amat bertanggungjawab, Miko cuba membantu Aleya untuk mengatasi masalahnya itu.

“Dia memberikan mesej kepada saya memberitahu bahawa dia berasa tidak bersemangat, jadi saya membawanya ke restoran ini yang dia beberapa kali beritahu mahu menikmati makan malam,” tulisnya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Tidak hanya itu, Miko mengambil kesempatan berkenaan untuk menitipkan luahan romantisnya kepada Sharifah Aleya.

Kepada isteri yang tersayang,

“Awak adalah segalanya buat saya. Awak adalah segalanya. Kekasih saya, dan ibu kepada anak-anak kita. Saya tidak boleh bayangkan hidup saya tanpa awak,” katanya.

Miko turut memberitahu bahawa dia akan sentiasa melindungi Sharifah Aleya dan menjadi perisainya jika dunia ini akan runtuh sekali pun.

“Saya sangat sayangkan awak, awak sentiasa cuba dan jadikan saya seorang yang lebih baik. Awak adalah wanita paling hebat yang saya kenal. Saya tahu saya banyak melakukan kesilapan, tetapi awak tetap memaafkan saya,” katanya.

Wah! Untung, suka Aleya punya suami yang sanggup dan sentiasa berada dengannya di kala susah dan senang.

Inilah ciri suami romantis dan penyayang serta wajar dicontohi suami lain – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related