HEADLINES

Walau tewas, pencapaian PN lebih baik berbanding PRU-15: Muhyiddin

Beliau percaya seperti trend dalam PRN dan siri PRK sebelum ini, tidak berlaku pemindahan undi yang ketara antara PH dan BN

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun Perikatan Nasional (PN) tidak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, kepemimpinan gabungan terbabit menyifatkan pencapaian itu lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,115 undi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya seperti trend dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan siri PRK sebelum ini, tidak berlaku pemindahan undi yang ketara antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“PN menghormati pilihan yang dibuat oleh pengundi di DUN Pelangai dalam PRK yang baru berlangsung.

“Walaupun PN tidak memenangi kerusi tersebut, PN menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding PRU-15 dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,115 undi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau juga mendakwa keputusan PRK itu juga menunjukkan BN gagal menambah sokongan walaupun parti itu bergabung dengan PH dan seluruh jentera serta sumber kerajaan dikerah secara terang-terangan untuk membantu kempen.

“Majoriti yang diperolehi oleh BN pula merosot daripada 4,048 dalam PRU-15 kepada 2,949 dalam PRK ini.

“Sebaliknya, yang berlaku ialah peralihan sokongan kepada PN, terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera PN yang bertungkus-lumus berkempen dan juga pengundi di DUN Pelangai.

PRK DUN Pelangai menyaksikan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam 53, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bentong memenangi kerusi dengan majoriti 2,949 undi.

Beliau memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi, sekali gus hilang wang deposit. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related